PENGENALAN

Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah menggunakan sumber semulajadi sebagai bahan asas untuk membuat pakaian bagi melindungi  tubuh mereka. Kini, dengan kemajuan sains dan teknologi telah dapat menghasilkan pelbagai jenis fabrik yang bermutu daripada sumber asli dan bahan kimia untuk pakaian dan artikel lain.

contoh fabrik pelbagai warna

Kajian fabrik meliputi klasifikasi gentian, kegunaan, dan cirinya. Pengetahuan tentang fabrik dapat membantu kita untuk memilih fabrik yang sesuai untuk pakaian dan kelengkapan rumah tangga.

1. Klasifikasi Fabrik

Gentian ialah serabut serat dan filamen daripada bahan asli dan buatan yang dijadikan yarn untuk menghasilkan fabrik. Gentian boleh diklasifikasikan kepada gentian asli dan gentian buatan.

1.1 Gentian asli

Sejak zaman purba, manusia telah menggunakan pelbagai sumber semulajadi untuk melindungi tubuh mereka. Kulit haiwan dan sumber tumbuhan seperti daun dan kulit pokok merupakan pilihan utama mereka.

Perubahan masa dan pengetahuan sains dan teknologi berupaya menghasilkan pelbagai fabrik yang bermutu. Gentian asli boleh diklasifikasikan kepada gentian tumbuhan dan gentian haiwan.

One Response to “Kajian Fabrik”

  1. norhafizah Says:

    bo share x abm apa yg sesuai utk mngajar tajuk kajian fabrik.

Leave a comment