Assalamu’alaikum semua

Masa begitu cepat berlalu, dan sekarang Cikgu Dela dah pun tamat belajar. Semua kenangan pahit manis di UPM akan Cikgu Dela ingati sampai bila-bila. Now Cikgu Dela dan rakan-rakan baru sahaja mengisi borang untuk temuduga pegawai perkhidmatan pendidikan. Emm Cikgu Dela nak tanya ada tak dalam kalangan pembaca yang ada pengalaman yang ingin dikongsikan tentang temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)? Mana tau ada yang dah lepas interbiu dan Alhamdulillah dah bergelar guru😀 Bolehlah share dengan Cikgu Dela dan graduan pendidikan yang belum menjalani temuduga .Hehe.. Terima kasih daun keladi buat semua pembaca blog ni!😀

Salam kepada semua pembaca . Sudah agak lama Cikgu Dela tak update blog ni. Maklumlah agak kesuntukan masa sejak masuk semester baru. Ni merupakan semester ketiga di UPM, dan masih ada 5 semester atau 2tahun setengah lagi untuk Cikgu Dela dan rakan2 habis belajar.

Subjek yang Cikgu Dela ambil sem ni ada 7 termasuk sukan ko kurikulum :

1. Pendidikan Perakaunan

2. Pengenalan Sains Pengguna

3. Prinsip Pemakanan Manusia

4. Kemahiran Manipulatif II ( kerja kayu dan logam )

5. General Writing Skills

6. Sains Penjagaan Rambut

7. Badminton

Setakat ni yang paling seronok ialah kelas amali sains penjagaan rambut . Best dapat belajar syampu rambut kawan, pastu gulung2 rambut patung , dan buat sanggul . Minggu depan belajar pasal variasi sanggul pulak . Em , nak buat sanggul bentuk macam mana ek ? Ada idea ? hehe😀

Mujurlah Cikgu Dela ada sedikit asas dalam perakaunan, takdelah nganga jek time kelas. hehehe dulu ada ambik Financial Accounting masa diploma dekat UiTM. cuma perlu refresh balik apa yang dah belajar dan tambah dengan ilmu baru dari pensyarah. Pening pun ada sebab kat UiTM aritu belajar dalam BI, sekarang nota dan syarahan dia dalam BM. huhu takpe, yang penting usaha kan .

Sem ni jugak membuatkan Cikgu Dela rasa Cikgu Dela mesti jugak practice cakap dalam bahasa Inggeris . Sebenarnya start sem ni semua lecture kena ajar dalam BI.  Untuk subjek Sains Pengguna tu kena buat tugasan dalam BI dan bentang dalam BI. Sem ni jugak kena banyak mengarang dalam BI coz ada subjek general writing skills tu . mujur kelas penjagaan rambut dalam BM. hehehhehe

oklah setakat ni je dulu coretan Cikgu Dela . oh ya, nanti ada masa terluang, Cikgu Dela akan update nota2 dalam blog ini . Nantikan ye !  :)

salam.

Cikgu : Baik murid-murid, hari ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan . Ijoi, macam mana bunyi ayam berkokok ?

Ijoi : Kok kokk kokkkk…!!!

Cikgu : Bagus Ijoi . Ani, buat bunyi kucing. Macam mana bunyi kucing?

Ani : Meowwwwww…..

Cikgu : Amboi…manja betul kucing tu ya ..sekarang  Amat, macam mana bunyi buaya?

Amat : Feewittt…!! Hai cik adik..sorang je ? Nak abang temankan …?

Cikgu : Bunyi buaya apa tu Amat?

Amat : Buaya darat, cikgu !

***********************************************************************************
Beginikah anak murid kita sekarang ? sekadar perkongsian ^_^

Salam semua pembaca ..hari ini Cikgu Dela nak berkongsi tentang seminar pembangunan profesionalisme guru bimbingan & kaunseling yg UPM anjurkan baru2 ni ..seramai 350 org guru kaunseling  seluruh negara telah dipilih utk menyertai seminar ni ..emm, walaupun berkaitan program lain dari SRT, Cikgu Dela berasa terpanggil utk berkongsi coz organizer nya UPM jugak ..ape2 berkaitan UPM apa salahnya kan ?🙂

Berita pasal ni Cikgu Dela petik dari beritaharianonline . jom ikuti artikel ni >>

SERAMAI 350 guru bimbingan dan kaunseling dari sekolah terpilih seluruh negara mengikuti seminar pembangunan profesionalisme guru bimbingan dan kaunseling anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kementerian Pelajaran, baru-baru ini.

Seminar tiga hari itu bertujuan meningkatkan daya saing guru kaunseling dari aspek bimbingan akademik dan kerjaya selain berkongsi pengetahuan bagi memupuk kemahiran insaniah pelajar sekolah.

 Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, berkata sepanjang seminar kendalian ahli akademik berpengalaman, peserta berpeluang meningkatkan pengetahuan bagi memantapkan perkhidmatan.
“Saya harap guru dapat memanfaatkan apa yang diperoleh sepanjang berseminar. Apabila mereka pulang ke sekolah, masing-masing akan terus berbakti dengan penuh dedikasi.“Antara tajuk utama yang dibincangkan ialah tadbir urus manusia kerana guru berhadapan dengan pelajar. Kemahiran ini penting kerana mereka berhadapan dengan masalah pelajar yang perlu ditadbir secara berhemah,” katanya.Seminar terbabit juga kata Dr Aini, menyalurkan pelbagai maklumat terkini berkaitan program akademik peringkat pengajian tinggi, syarat kelayakan, penemuan dan penyelidikan bidang berkaitan.Maklumat tambahan itu kata beliau, penting dalam usaha mengukuhkan hubungan antara guru kaunseling di peringkat sekolah dan universiti.
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ghafar Baba, Melaka, Norazlida Shamsuri, berkata dia seronok kerana dipilih mengikuti seminar ini.Katanya, banyak maklumat terkini diperoleh sepanjang tempoh seminar. Segala ilmu serta panduan yang diperoleh sesuai dengan keperluan semasa memandangkan masalah pelajar kini semakin pelbagai.

“Saya tertarik dengan topik mengenai pembangunan insaniah kerana ini adalah antara perkara penting perlu ada dalam setiap guru kaunseling,” katanya.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Dong, Raub, Pahang, Zaidi Kamarudin, berkata walaupun sudah 13 tahun mengajar dan menjadi guru kaunseling, ini kali pertama dia diberi peluang mengikuti program sedemikian.

Katanya, maklumat yang diperoleh begitu bermakna dan akan digunakan ketika berhadapan dengan masalah pelajar.

p/s : harap lepas ni ade seminar berkaitan program Bacelor Sains Rumahtangga pulak !~🙂

Assalamualaikum buat semua pembaca ..sudah lama tidak update blog ini ..hehe..kali ni cikgu Dela nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan;

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

KEPADA SEMUA SAHABAT HANDAI, SANAK SAUDARA, & KENALAN SEISLAM 

Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih bertaqwa dan sentiasa berlumba2 mempertingkat amalan dalam bulan yang mulia ini🙂

p/s: jangan lupa niat puasa & solat terawih😀

Assalamualaikum semuanya .. setelah sekian lama tidak mengeluarkan sebarang entry di sini ..kali ini Cikgu Dela muncul kembali ..hehe ..em hari ni dah pun 4 Julai ..dah masuk bulan ke3 kott cuti semester ni ..tp Cikgu Dela masih xbuat apa2 aktiviti ..iskh ! pemalas betul ..sebenarnya nak jugak belajar jahit, tp masalah kewangan pulak melanda ..tempat nak belajar jahit pun xtahu  kat mane ..huhu ..

member2 Cikgu Dela ramai yang dah amek kursus jahit baju ..jelesnye rasa ..nak belajar jahit jugakkk ..em, sape2 yang ade terbace entry ni, kalau tahu ade tempat2 sesuai utk belajar jahit dengan yuran yg agak berpatutan, roger2 lah Cikgu Dela ye ..I’ll truly appreciate it !😀 ..ni emel Cikgu Dela:  sunsilk_dyla@yahoo.com

oh ya ! bagi sesiapa yg sudi menjenguk ke blog ini, Cikgu Dela amat2 menghargai kunjungan anda itu ..dan rata2 pengunjung ramai yg ingin mendapatkan nota2 KHB, daripada pengamatan Cikgu Dela ..buat pengetahuan semua, blog ini hanya menyediakan nota2 tentang subjek Ekonomi Rumahtangga utk Tingkatan Empat ..tetapi ade juga disediakan link2 utk blog2 rakan2 SRT Cikgu Dela yg lain yg menyediakan nota ERT utk Tingkatan Lima .. mungkin ramai yg menyedari bahawa masih banyak nota2 yg belum ada bagi sesebuah topik, kalau ada pun, tidak lengkap kan ..? sebenarnya Cikgu Dela tidak berpeluang utk memuatkan nota2 tersebut sbb sumbernya tiada bersama Cikgu Dela sepanjang cuti semester ini ..

jadi, diharap semua para pengunjung yg budiman sekalian dapat bersabar ..Cikgu Dela akan memuatkan nota2 tersebut insyaALLAH tidak lama lagi ..:)

terima kasih , luv u all~  :D

 

salam semua pembaca..hari ini nak berkongsi lagi..semalam 10jun, keputusan peperiksaan bagi semester lepas telah diumumkan. result kali ini menurun agak banyak jugak lah bg Cikgu Dela. daripada dekan kepada tidak dekan. Em, Cikgu Dela ni banyak main kot ??😀 tapi, walau apepun, Cikgu Dela amat2 bersyukur dengan result ini. lepas tgk result, Cikgu Dela tidak putus2 panjatkan rase syukur kpd Yang Maha Esa kerana memberikan kejayaan ini.

rata2 member SRT menunjukkan peningkatan dlm pointer mereka. baguslah, Cikgu Dela tumpang gembira dan bangga dgn mereka. semoga kami akan terus dan terus mencipta kecemerlangan dalam pelajaran bagi 3tahun yg seterusnya. Amin

bagi Cikgu Dela, result yg masing2 perolehi adalah setimpal dgn usaha yg telah dicurahkan oleh seseorg student tu. Kalau buat sikap ambil lewa, tak serius, dan main2 dlm membuat tugasan, secara automatik markah pon mcm tu jugak, sambil lewa, tak serius, dan main2. Cikgu Dela pon adakalanya mcm tu jugak, semasa mood nak buat kerja langsung takde atau langsung hilang. dan lepas tu terpakse la terima akibatnye, markah sikit. hehe..Kakak kate, bile buat keje kene think out of the box.

Arini dah hari ke11 bulan Jun, dan Cikgu Dela masih lg giat menanam pelbagai spesies anggur di rumah. Sampai bile nak mcm ni ntah. pemalas betul..ke nak try tanam bende lain plak ? adoiii ntahlah..tepat 3bulan lg, dah nak kembali ke UPM dah..but I’m still doing nothing ! waahhaaaaaa..:P xpe2, ade hikmah di sebalik kejadian ni..hehe

Ya !! tak lupe, malam ni adelah mlm penentu milik siapakah Piala FA yg diidam2kan tu..milik Kelantan kah ? …atau milik Terengganu kah ? memandangkan Cikgu Dela anak jati kelantan, ohhh tak perlu ditanya siapa yg akan Cikgu Dela sokong🙂 lainlah kalau ade buah ati org tganu ker, maybe akan bertimbang rase kot, xpon pure2 sokong skuad penyu.. hhehee

ni wish Cikgu Dela utk pasukan kelantan:

THE RED WARRIORS !

GO FOR IT ! FA CUP IS YOURS !!!

GO MORE KELATE GO MORE !!!

oppsss..adekah terlalu bersemangat wish tersebut ? never mind🙂

p/s: xsabar menanti 8.45pm🙂